Thursday, July 19, 2018

John Wick-Pecinta haiwan yang tidak berperikemanusian.(2014-2017)

(Spoiler bakal menyusul)

Korang tak kenal John Wick.

Lepas berlakon filem the Matrix, Keanu Reeves jadi addict pada seni bela diri, beliau belajar macam macam seni bela diri dan apply dalam filem, siap arah filem pertama kung fu bertajuk Man of Tai Chi.

So apa ada pada John wick?

Pengarah dia adalah bekas stunt man double body Keanu Reeves dalam the Matrix, dan sudah tentu Keanu Reeves mahu sebuah filem aksi yang gabung semua seni bela diri bersama plot yang tidak terjangka minda

Plot pertama, balas dendam kerana anjing-kelakar tapi menjadi, masuk akal sebab seorang pembunuh yangsudah bersara tiba tiba bini baru mati dan hanya ada anjing hadiah dari bini tapi kena bunuh oleh anak genster, memang satu keturunan akan john wick bunuh, ketua genster tu siap tanya:

"tak kan sebab anjing mati nak bunuh semua orang?"

Ha ha, padan muka.

Plot kedua, dapat upah secara paksa kena bunuh kakak orang jahat yang adiknya akan balas dendan dengan open tender, john wick tahu ianya akan terjadi, dan john wick dan ketagih nak bunuh ramai orang tapi tak tahu atas apa tujuan, maka john wick cipta alasan untuk membunuh, smart, kelakar, kemas.

Babak akhir, seluruh dunia semua pembunuh nak bunuh John wick, John wick lari bersama anjing macam Empere Strike Back tapi relax, sebab the last Jedi akan ada.

Moral: Berhati hatilah dengan pecinta haiwan.

10/10.

Tuesday, July 17, 2018

A Quiet Place-Formula Seram yang Menjadi (2018)

(separuh spoiler)


Hari tu ada tengok walking dead, hero dan bayi menyorok dalam gereja dan Zombie pecahkan pintu nak makan bayi. 
Waktu tengok, anak lelaki aku cakap, ayah tolong tutup TV, dada ni berdebar.

Aku pun terfikir, jika babak hantu nak makan bayi, penonton akan rasa sangat simpati pada bayi. Boleh buat formula filem seram.

Jadi bila aku tengok filem ini, formula seramnya menjadi.

Orang perempuan mengandung, dalam LRT pun kita kena bagi tempat duduk, jadi bila makhluk macam yakjud Makjud tu mencari suara manusia sebagai sumber makanan, babak nak beranak tu, memang seramnya menjadi. Lepas tu apa sahaja berkaitan bayi, membimbangkan kita.

Sebelum bayi, kita simpati kepada watak gadis bisu, Benar! Watak orang OKU menambah simpati penonton.

Simpati juga pada budak lelaki yang belum baligh, anak sulung harapan keluarga.

Menambahkan lagi simpati, si ayah yang tak cukur jambang, rasa simpati sangat tinggi. Jadi kesusahan dia dapat kita selami.

Pelakon semua sangat berbakat, ketakutan pada wajah dan mata masing masing sangat berkesan.

Oleh sebab pelakon filem ni tak ramai, perhargaan juga patut diberi kepada paku yang terpacak dekat tangga, wataknya adalah paling seram antara semua pelakon tambahan.

Jika ada anugerah untuk prop terbaik, paku tu patut menang.

Woha!

Filem seram paling best: 10/10.

Ps: Laki bini berlakon, laki pengarah- Formula filem yang buat seramnya menjadi: Perempuan mengandung, gadis OKU, budak lelaki naif, bayi baru lahir, Ayah berjambang dan Paku tajam.


komen FB


Monday, July 16, 2018

Gong Shou Dao-Bila Jack Ma Berkungfu.(2017)



Okey, sehari dua ni penuh di Wall Facebok orang ramai share filem pendek lakonan Jack Ma, Jutawan Ali Baba yang menceritakan kisah beliau handal berkungfu siap bertarung dengan Jet Li, Donnie Yen, Sammo Hung Kam-bo, Zou Shiming, Tony Jaa dan Akinori.

Ulasan aku, tengok pada rupa paras Jack Ma dan kehandalan beliau berkungfu, aku rasa lepas ni jika Stephen Chow nak terbitkan lagi movie Dragon Ball, kita dah ada calon yang paling sesuai untuk watak Frieza!

Woha!

Ps: Nasihat bagus dari Jack Ma: masa muda belajar sampai pandai, jadi pelajar pintar, lepas habis belajar, sebelum umur 30 tahun kerja dengan Bos yang mahu ajar kita, walaupun kompeninya kecil, lepas 30 tahun, kerja dengan diri sendiri, bukan untuk Bos, lepas 40 tahun, focus dengan bakat dan kemahiran yang sedia ada, gilap dan tajamkan, lepas 50, rehat dan habiskan masa mengajar orang muda. Semoga Allah kurniakan Jack Ma Hidayat juga untuk kita semua. Amin.


Komen FB

Sunday, July 15, 2018

WILD TALES-Kisah Dendam Paling Sempurna (2014)

(separuh spoiler)



Enam cerita tentang dendam, 

1. Dendam makcik restoran, apa korang akan buat bila musuh paling di benci datang makan di resroran engkau, waktu tu malam dan dia sorang jer pelanggan yang ada. Racun makanan dia? bunuh dengan pisau dapur? kena tengok.

2. Dendam pembuli jalan, biasa berlaku di Malaysia, hon banyak kali dan naikkan jari hantu, tapi ending dia memang epik. polis pun susah nak tafsir kejadian selepas tengok kesan tindakan kesan perperangan pembuli jalan raya.

3. Dendam pengebom bangunan, hati hati kepada penarik kereta, jangan tersilap tarik kereta pakar bom, sekali dia mengamuk, syarikat insuran pun tutup kedai, ha ha!

4. Dendam mangsa jalan raya, dilemma orang kaya bila anak dia langgar lari tapi nak suruh orang gaji mengaku salah, lepas tu nak rasuah peguam dan polis. Tapi orang dendam tak kira apa dah, bila bini mengandung kena langgar lari, arghh, baik korang tengok sendiri ending dia.

5. Dendam pengantin, apa pengantin perempuan akan buat bila dapat tahu suaminya curang di hari perkahwinan. Gila-kelakar-sadis, kisah laki bini betul, adohai..

6. Dendam pilot kapal terbang, dendam paling epik yang viral di internet sehingga aku cari tengok filem ini, habis semua musuhnya di bunuh dalam satu masa termasuk mak bapak dia sekali.

Ulasan: Teknik bercerita macam Quantin Tarantino, cuma dia tak letak chapter jer, lakonan pelakon memang power, antara filem asing terbaik yang pernah aku tonton!

10/10.


Komen FB

Friday, July 13, 2018

The Hateful Eight- Kisah 8 Jahanam (2015)

(Separuh spoiler)



Cerita 3 jam, dan setiap detik tak sia sia. Muzik best, pemadangan cantik, setiap watak menjadi, doalog kelakar dan deep, kisah semakin lama semakin saspen, bila tiba aksi memang ganas giler, dan semualah yang best best.

8 jahanam dalam filem ini adalah:

1. Si Kulit Hitam pemburu upahan- Pemburu yang akan bunuh orang jahat, tak tangkap hidup hidup, lebih best beliau ada surat peribadi yang di tulis oleh Abraham Lincoln.

2. Si Penggantung yang tangkap penjahat hidup hidup untuk di gantung. Sanggup bersusah payah bawa penjenayah ke tali gantung, kerana nak bawak penjahat hidup hiduplah segala masalah dalam cerita ini bermula.

3. Si Banduan wanita yang pandai main gitar. Hujung cerita baru tahu siapa dia.

4. Si Polis yang belum di sahkan jawatan sebab tak ada bukti. Watak kelakar.

5. Si misteri, Orang Mexico yang di benci.

6. Si penyamar yang di kenali sebagai "The Little Man"

7. Si penumbuk lembu yang macho

8. Si Tua yang diam ada makna.

Alkisahnya, Si Penggantung sedang naik kereta kuda bersama Si banduan untuk di bawa ke tali gantung, di jalanan Si Kulit Hitam pemburu upahan dan Si Polis yang belum di sahkan jawatan mintak tumpang.

Oleh sebab Ribut salji mereka berteduh di sebuah rumah rehat, di sana kelihatan Si penyamar dan Si tua sedang bermain catur, di hujung sudut ada Si penumbuk lembu yang sedang makan kacang. Di dapur pulak ada Si misteri buat sup dan kopi.

Dalam cuaca ribut, mereka berehat dan minum kopi, berborak, buat lawak, sehinggalah berlaku pergaduhan yang melibatkan ke semua watak.

Rupanya Si jahanam yang ke lapan bukan orang tua tu, ada sekor lagi sedang menyorok, kena tunggu sampai habis cerita.

Terbaik dari ladang! Syabas Quantin Tarantino!

10/10!


Komen FB

Thursday, July 12, 2018

The Foreigner- I Love Dato Jackey Chan! (2017)




Masa kecik, aku membesar dengan adik beradik, sepupu sepapat yang minat Jackey Chan.

Jadi dari sekolah rendah lagi bila ada filem Jackie Chan berkungfu malam malam, gigih tonton walau lewat pagi, sanggup pergi rumah jiran tengok.

Lepas tu jika abang atau sepupu yang dewasa tengok wayang filem Jackie Chan mereka akan bercerita lepas solat isyak di tangga surau, kami yang kanak kanak dengar dengan penuh minat. Ternganga dengar cerita Jackey berlawan di pasaraya dalam Police Stoty, kagum dengar Jackey kalahkan lanun dalam Projek A.

Sepupu yang kaya sikit, ada Video Player, sewa cerita Jackey Chan dan akupun tumpang tonton.The Young Master, Drunken Master berapa kali ulang tengok waktu tu, memang tak jemu.

Pendek kata, Jackey Chan jadi fenomena hingga ada kawan aku yang rasist pada orang cina cakap, satu sebab aku tak boleh benci dengan orang cina kerana mereka ada Jackie Chan!-woha!

Bila aku remaja, aku dapat peluang tengok wayang filem Jackie Chan, antara yang aku ingat filem Twin Dragon 1992, panggung Rex Terengganu (kisah Jackey kembar yang lucu), tengok di bulan puasa, gila ramai betul orang tak puasa dalam panggung! Adohai.

Lepas tu layan Crime Story, 1993 panggung Cathay Terengganu (Filem polis serius), kawan anak orang kaya belanja kerusi tingkat atas, RM5 harga jika tak silap masa tu.
Thunderbolt 1995, kisah JC lumba kereta, layan di KL waktu kerja kilang lepas SPM

Rumble in the Bronx, 1995 kisah JC pergi America dan bergaduh dengan genster Punk dan Mafia, kawan kerja kilang Sardin di Terengganu belanja.

Police Story 4: 1996, First Strike aku layan di Kota Bharu Kelantan, zaman belajar di IPTA

Mr. Nice Guy 1997, pun layan sana jugak. Masa tu Kelantan masih ada panggung wayang.

Who Am I, 1998, aku layan dua kali, satu dekat Kelantan, lepas tu balik Terengganu kawan belanja pulak. Tapi memang best pun cerita tu.

Lepas tu aku dah jarang tengok wayang, Rush Hour pun aku layan CD cetak rompak jer sebab masa tu jualan memang terbuka buka.

Cuma aku ingat waktu lepak di Bangi sorang diri, ketika aku sedang ushar poster wayang, tiba tiba ada mamat cina tegur aku, katanya aweknya tak datang, so ada tiket free, jadi kami layan filem Gorgeous 1999, kisah cinta JC dan Shu Qi. Thanks amoi sebab tak datang, ha ha.

Lepas tu aku sibuk belajar agama, maka dah jarang tengok wayang, oleh sebab itu filem Shanghai Noon 2000, The Accidental Spy 2001, Rush Hour 2, The Tuxedo 2002, Shanghai Knights 2002, The Medallion 2003, Around the World in 80 Days2004, New Police Story. The Myth 2005, Rob-B-Hood 2006, Rush Hour 3 ,dan lain lain filem JC semua aku layan di TV atau DVD, dan aku dapati nafsu minat aku pada JC dah berkurang, tengok jalan cerita pun dah hambar, mungkin sebab JC dah tua, tapi aku ada baca JC sendiri tak suka dengan filem di Hollywoof seperti Rush Hour, Shanghai Noon sebab katanya dia tak di beri kebebasan berkarya. Dan dia buat kerana duit semata-mata, patutlah tak best.

Pada tahun 2008, dah lama tak layan JC di panggung, ada satu malam kawan dari Kelantan ajak layan midninght Jackey Chan vs Jet Li, The Forbidden Kingdom ini aku layan di wayang Kuantan, not bad.

Pada tahun 2009, aku ada layan wayang dengan bini filem JC yang berjudul Shinjuku Incident. hampeh langsung tak best, sebab kurang sangat aksi, tapi dari segi drama kisah pelarian cina di jepun, okey, bolehlah layan tapi filem begini orang lain berlakon lebih baik. Jadi bila The Spy Next Door keluar aku layan di TV jer.

Pada tahun 2010, Little Big Soldier aku layan dengan bini, cerita ni okey! Ha ha, lepas tu aku layan The Karate Kid dengan anak sulung dan Puan bini, cerita ni pun okey!

Lepas tu lama aku tak layan JC di wayang hinggalah tahun lepas, 2016 waktu masuk pertadingan sukan di Negeri sembilan, malam tu aku dan kawan kawan layan Skiptrace di panggung wayang dekat Putrajaya. Cerinta ni kembalikan JC zaman filem Hong Kong dulu-dulu.

Terkini, minggu lepas aku dan puan bini buat keputusan untuk tengok filem The Foreigner, bagi aku filem ini sangat bagus, sesuai dengan umur Jackey Chan, dan jalan ceritapun bagus.

Jadi itulah aku nak kabor kisah aku dan JC, beliau waktu muda pernah jadi Stunt man untuk Bruce Lee, dan bila dapat tawaran berlakon watak utama, orang suruh dia jadi macam Bruce Lee, tapi katanya, “saya tak nak jadi Bruce lee kedua, saya nak jadi Jackey pertama!”

Lalu muncul lah dalam dunia filem teknik berlawan yang lucu dan agak logic sebab JC menang bertarung bukan sebab pandai kungfu semata-mata, tapi kerana pandai guna peralatan sekeliling, lari dari klise filem cina bertarung zaman dulu, mesti tengah padang yang lapang, dan musuh serang satu persatu, tapi bila JC berlawan musuh serang serentak maka JC bertarung guna kerusi, meja, pintu kereta, peti ais, vacuum cleaner, kayu hoki, basikal dan macam macam lagi.

Tempat bertarung pulak macam macam, dalam kilang kereta, atas bangunan curam, atas kereta api bawak durian, kilang benang, bengkel kereta, pasar raya, kilang murcun, kedai lego, bilik mandi, kedai snooker dan banyak lagi.
Itulah mahakarya JC sepanjang zaman, dan karya beliau di iktiraf seluruh dunia, terlalu banyak tawaran berlakon dan katanya antara watak yang dia tak sempat nak berlakon adalah menjadi ahli bomba, sekarang dah terlalu tua untuk bawak watak bomba.

Pada tahun 2015, JC dapat anugerah Panglima Mahkota dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim, so JC dah dapat pangkat Datuk!

Pada tahun 2016 pulak, JC dapat anugerah paling tinggi dalam dunia filem iaitu Oscar: "extraordinary achievements"
Begitulah kisah JC yang aku kenal dan pada Zaman muda ada perempuan sanggup bunuh diri bila tahu JC nak kahwin tau?, sebab tu JC kahwin senyap senyap.

JC juga kelakar dalam interview talk show dan nampak beliau seorang yang baik hati, semoga Allah kurnia hidayat untuknya masuk islam sebelum mati.

I love you datok Jackey!


Link


Wednesday, July 11, 2018

Maru Malarchi-Filem Tamil Pertama saya (1998)

(Ulasan Filem Tamil-Kisah Ikram Muslimin dan bahaya fitnah)



Pada suatu hari aku update facebook tulis macam ni:

“Nak cari cerita tamil ni tapi lupa tajuk, ada babak hero nak kena bunuh, tapi dia tidur terbalik jadi kakinya luka, lepas tu mak hero nak kena bunuh, orang jahat datang mak hero bagi makan sebab mak dia ni pemurah, ketika makan orang jahat ni tercekik dan hampir mati, mak hero tepuk belakang dia dan selamatkan si jahat ni, terus si jahat ni insaf..”

Tolong!

Tak lama aku dapat komen di facebook:

Khairool Nizam Abdul Aziz :“Mere insafi duniya taubatahe”

Aku pun search tapi cekala, tajuk tu tak wujudpun! Kena troll rupanya, Aku check komen seterusnya:

Munirah Mohamad: “Bro, sebelum aku kecam kau baik kau dgr nasihat aku ni...pg tido drpd cari citer xberfaedah ni...apehal kau nak tepuk blkg pencuri tu mase dia tercekik ha?????!!!!!”

Mohamed Ikwan Sulaiman: “rumit jalan crita ni saudara..tengok crita tamil yang lain jelah saudara..”

Yaya Suraya: “Halalkan nasi yg ku curi dan ku makani..”

Mohamed Ikwan Sulaiman: “puas aku flashback dah,xpenah lagi jumpa jalan crita ni..confirm tamil bukan Philippines?”

Roman Firmino: “sapadek with amma”

Adzam A. Kamrudin: “Bagus, bagi tauladan kat org Malaysia.. Org jahat dtg umah mesti kena sambut, bagi makan ke..”

Chandran Subramaniam: “Nama filem ni Marumalarchi.. lakonan mamooty..legend filem malayalam Jgn ckp abg x payung”

Mohamed Ikwan Sulaiman: “malayalam laa.. bukan tamil? saudara.. anda telah membantu ramai insan diluar sana.. harap anda dapat title datok sri.. terima kasih saudara”

Chandran Subramaniam: “Filem tamil la.. tapi hero tu most dlm filem malayalam..jarang berlakon dlm filem tamil..citer tu mmg baik la..dpt dijadikan teladan”

Hamka: “Alhamdulillah. Best giler ceriter ni. Lepas rindu kat mak hero tu... korang tengok tentu nangis. Terbaik bang Chandran Subramaniam, terima kasih atas info, segala kerjasama didahulukan jutaan terima kasih.”

Chandran Subramaniam: “Welcome bro”

***

Aku tengok dulu kat TV2 dua puluh tahun yang lepas, itu tengok tak habis, sampai babak penjahat tercekik tu jer, mak suruh beli cili kering, sampai kedai ada awek ajak borak terus aku lupa dunia, jadi tanpa buang masa, terus aku layan filem ini semalam.

Filem ini ada versi penuh di Youtube, tapi takde subtitle malay jadi korang tak akan faham sepatah haram, jadi biar aku cerita dari awal sampai habis bagi save korang punya data tapi tetap dapat ambik iktibar dan pengajaran yang sangat berguna, enjoy!

Watak utama:

Rasu: Hero cerita ni, ketua kampung yang baik hati, seorang yang sangat kaya, budiman, suka sedekah, suka bantu orang susah hingga dianggap dewa oleh orang kampung.

Velu: Driver dan pegawai peribadi Rasu, seorang anak yatim yang dijaga oleh Rasu, sangat setia kepada Rasu dan sanggup mati demi Rasu.

Manimaran: ketua kampung sebelah yang handal berlawan.

Mannaru: Sepupu kepada Manimaran, seorang samseng kampung yang juga handal berlawan.

Jayanthi: Awek kampung sebelah yang cun.

Awal cerita ditunjukkan akhak mulia Rasu yang mana bila orang islam datang nak beli tanah hujung kampung untuk buat masjid, Rasu bagi free, dan siap bagi duit untuk beli bahan binaan, bila orang islam nak bayar duit jugak, Rasu cakap korang bayar guna doa sahaja, perghhh baik gila. Rasu juga digambarkan suka beri makan kepada orang miskin dan anak yatim, ada juga gereja yang mendapat bantuan makanan dari Rasu. Memang baik gila.

Bila ada orang kampung nak jual tanah kepada tauke arak untuk bina kedai arak, Rasu beli tanah tu dah jadikan wakaf untuk buat benda lain yang lebih baik, tauke arak itu dimalukan dengan dihalau dari kampung naik keldai.

Nak jadi cerita, Rasu ajak drivernya Velu pergi beli hadiah dekat mak Rasu di kampung sebelah, sebab orang kampung Rasu tak nak ambik duit darinya dan selalu bagi free, Rasu tak nak rasuah jadi dia pergi pasar dikampung sebelah. Di sana orang tak kenal dia.

Tiba tiba ada seekor ular sesat dalam pasar nak patut awek cun si Jayanthi, nasib baik Rasu sempat tarik perempuan tu tapi Jayanthi menjerit tuduh Rasu nak raba dia, terus orang kampung pukul Rasu, ketua kampung Manimaran dan genster kampung Mannaru ikat Rasu dan pukul dengan kayu sampai berdarah darah. Rasu cakap ada ular mereka tak percaya.

Tapi Manimaran masih baik hati, tak nak bunuh Rasu, dan lepaskan Rasu balik Bersama Driver. Rasu kan baik hati, pesan pada Velu jangan cerita kisah pada orang kampung dia kena pukul oleh orang kampung sebelah, cakap sahaja kereta kemalangan.

Bila balik kampung, alangkan terkejutnya orang kampung tengok Rasu berdarah darah, terus marah pada Velu sebab bawak kereta tak pandai, tapi Rasu cakap dia yang bawak, dan masuk rumah berehat, bila Velu singgah minum air dikedai, orang kampung marah dia sebab biarkan Rasu bawak kereta, lepas tu kecoh kereta tak kemikpun?, dan orang paksa Velu cerita kisah sebenar.

Velupun bagitahu kampung sebelah yang pukul Rasu, terus orang kampung bersiap nak pergi serang kampung sebelah.

Manakala dikampung sebelah, rupanya ada ular sedang mengganas dipasar, terus ketua kampung si Manimaran rasa bersalah dan nak pergi malam itu juga ke rumah Rasu ikut jalan pintas.

Sampai Rumah Rasu terus Manimaran sujud mintak maaf, mak Rasu ajak makan nasi, dan layan Manimaran dengan sangat baik, Manimaran menangis insaf sebab dah salah pukul orang yang paling baik dimuka bumi.

Sementara itu dikampung Manimaran, orang kampung Rasu dah datang menyerang, Ibu bapa awek cun, mati kena bakar, si awek cun sempat diselamatkan gangster kampung si Mannaru yang turut cedera kena tikam. Lebih tragis ibu bapa ketua kampung si Manimaran juga telah mati dibakar.

Manimaran bila balik, sangat terkejut tengok mak dan ayahnya dah jadi arang! dan bersumpah akan membalas dendam untuk bunuh Rasu dan semua orang kampung Rasu!

Bila diketahui, awek cun si Jayanthi masih hidup, Manimaran suruh awek cun tu pergi bunuh Rasu.
Caranya, awek cun tu datang mengadu nak bunuh diri sebab mak bapaknya dah mati, jika Rasu tak selamatkan dia dari patukan ular, hanya dia yang mati, tapi sebab dah selamatkan dia, satu kampung mati, Rasu kasihan dan sanggup kahwin dengan Jayanthi.

Bila malam, Jayanthi ambik lesung batu dan hempas atas kepala Rasu yang berselimut penuh, tapi malam itu Rasu tidur terbalik, sebab risau fikirkan nasib orang kampung sebelah yang dibunuh beramai ramai atas salah faham. Jadi kaki Rasu sahaja yang cedera dan Rasu maafkan bininya, esok bila mak dia tanya, katanya jatuh katil. Terus Jayanthi insaf dan sedar lakinya seorang yang sangat baik dan jatuh cinta selepas kahwin, ok dah boleh masuk lagu tamil dan menyanyi tengah padang.

Sambung balik, cubaan bunuh gagal, Mannaru pulak datang letak racun dalam kawah yang Jayanhi masak, lauk tu untuk anak yatim digereja dan orang miskin dikampung, Velu makan dulu dan mati. Sebelum mati dia bagitahu salah dia cerita kat orang kampung peristiwa hari tu sehingga kampung sebelah habis terbakar, dan sekarang dia mati untuk selamatkan semua orang kampung, semoga Rasu maafkan dia.

Orang kampung pulak salahkan bini Rasu atas makanan beracun dan tuduh ini cara Bini Rasu nak balas dendam. Rasu halau Jayanthi suruh kawannya pergi hantar ke kampung sebelah, padahal Rasu nak selamatkan bini dia dari orang kampung dan Jayanthi disembunyikan ditempat khas aman dari kedua dua kampung.

Tak puas hati cubaan meracun gagal, si Mannaru datang sebagai musafir susah dan bawak parang nak bunuh mak Rasu, waktu tu Rasu takde dan Mak Rasu baik hati, ajak Mannaru makan, bila tercekik mak Rasu bagi air dan selamatkan dari tersedak, terus Mannaru teringat kat arwah mak dia, dan Mak Rasu cakap panggil sahaja dia Mak, terus Mannaru menangis insaf dan anggap Mak Rasu sebagai Mak beliau sendiri.

Hujung cerita, ada seorang sami datang mintak makanan dari Mak rasu, Mak Rasupun hidang dan secara senyap senyap Sami ni letak racun dalam makanan itu, bila Sami tu tak makan, Mak Rasu tanya kenapa? Sami tu cakap baru ni ada kes makanan beracun dan dia takut nak makan, Mak Rasu buktikan makanan itu takde racun dan makan, lalu mati.

Si sami ini rupanya tauke arak yang pernah kena halau dari kampung dan beliau cerita kejayaan dia bunuh Mak Rasu pada genster kampung sebalah si Mannaru yang dah anggap Mak Rasu ni Mak dia, terus Mannaru bunuh tauke arak tu.

Last, hero bila tahu maknya mati maka menyerah diri pada ketua kampung sebelah, si Manimaran supaya bunuh terus dia dengan pedang, habiskan nyawa dia jangan libatkan orang lain. Manimaran dah sedia nak tikam tapi Rasu tak elak lalu Manimaran campak pedang dan ajak Rasu bergaduh. Okey Manimaran pandai berlawan tapi rupanya Rasu lagi hebat. Masukkan sound efeck tumbuk dan angin bergelora dari dua orang yang sedang bergaduh depan masjid.

Pendek cerita, Manimaran kalah teruk, orang kampung semua datang, dan terbongkarlah cerita sebenar, semuanya salah faham. Rasu maafkan Manimaram, sangkanya Manimaran bunuh ibunya tapi tauke arak yang dah dibunuh oleh Mannaru. Akhirnya Jayanthi datang peluk Rasu. Semua masalah selesai.

Amacam best tak?

Aku yang tak pernah tengok tamil rasa cerita ini sangat bagus. Walaupun tak suka dengan cara editnya, tapi so far okey, Kadang kadang bagi peluang juga untuk tengok filem yang lain dari kegemaran kita.

Sebab pengajaran itu ada di mana mana. Jika ikut islam ahlak Rasu ni namanya Ikram Muslimim, iaitu menunaikan hak tanpa menuntut hak. Juga nak tunjuk orang baik ni ujian dia macam-macam tapi bila bersabar akan ada kebaikkan, juga tuntutan bila dapat satu berita jangan terus sebar dan fitnah, kena siasat dulu, tengok jika perangai kita macam kedua dua kampung, terus percaya dan terus hukum, memang yang menang jadi arang yang kalah jadi abulah!

Rujuk Surah Al hujarat ayat 6 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu– sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Panjang lagi nak cerita tapi korang boleh fikir sendiri.

Sekian ulasan filem Tamil pertama saya. Terima kasih kepada Chandran Subramaniam yang bantu saya jajak nostalgia filem tamil ini. Semoga Rasu dan Jayanthi serta kita semua dapat hidayat!

Woha!

Ps: Tajuk cerita Tamil ini Maru Malarchi tahun 1998, jika nak tengok versi Hindi juga ada di youtube dengan Eng Sub, tajuknya Phool Aur Aag (Flower and Fire) tahun 1999 lakonan Mithun dan Jackie Shroff, Now you know.


sumber: https://www.facebook.com/keretamayat/photos/a.283047619025.146443.278212574025/10156900037034026/?type=3&theater&notif_t=page_post_reaction&notif_id=1531290055173391