(Kata aku kepada isteriku pada suatu malam: Abang tidak mahu
antara kita ada Sharifah Amani…)
******
1. Menang filem terbaik dalam Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010)
2. Sebelum filem ini diterbitkan, satu kontroversi telah
timbul di mana watak Sharifah Amani (Rohani) yang dicukur rambutnya meninbulkan
kemarahan mufti-mufti tertentu disebabkan amalan mencukur rambut bagi wanita
adalah sama sekali haram dari segi Islam. Namun selepas potong beberapa babak,
barulah filem ini mendapat kelulusan tayangan.
3. Sepertimana filem-filem yang sebelumnya, penayangan
Muallaf bermula dengan ayat Bismillahirahmanirrahim (Dengan nama Tuhan, Maha
Pengasih, Lagi Maha Penyayang). Apa yang berbeza kali ini ialah ayat tersebut
ditulis dalam bahasa Cina
4. Menang Anugerah Khas Filem Terbaik Asia-Timur Tengah
(Special Mention Best Asian-Middle Eastern Film) di Festival Filem Antarabangsa
Tokyo.
5. Muallaf adalah cerita berkisahkan perempuan berambut
besar (lakonan Ning Baizura) bertemu dengan perempuan bermulut besar (Sharifah
Amani) yang menyuruh perempuan ber’mulut besar’ itu agar membuat potongan
fesyen rambur besar sepertinya, dah nama mulut besar, maka Rohani bersikap
kurang ajar kerana Ning Baizuara hanyalah ibu tiri selepas mak kandung Ani
meninggal, lalu Ayah Rohani(Rahim razali) yang panas baran, dan suka minum arak
tapi tak nak sentuh anjing telah menghukum Rohani dengan membotakkan kepala
Amani sampai berarah darah. Geram, marah, dan malu, Rohani melarikan diri
bersama adik perempuannya Rohana (Sharifah Aleesya) lalu tinggal di rumah
berhantu di perak, sebelum memulakan persekolahan di sana. Di sekolah baru
adiknya, Rohani berkenalan dengan cikgu sekolah berbangsa cina yang bergaduh
dengan emaknya kerana sudah lama tidak pergi gereja dan bila imbas kembali, ada
sejarah hitam yang mana beliau di bogelkan oleh ayahnya kerana buat dosa
melihat majalah tak senonoh. Panjang cerita aku pendekkan, Rohani memaafkan
ayahnya di hujung cerita, begitu jugak pemuda cina itu. Mungkin moral cerita
ini adalah, memaafkan semua orang sebelum tidur. Oh, ye lupa nak bagitahu,
sinopsis ini adalah spoiler, padan muka kamu, woha!
6. Ada dua ayat dalam filem ini yang disenyapkan oleh LPF
kerana bimbang timbul kontreversi, tapi oleh sebab aku kononnya boleh baca
pergerakan mulut, maka babak senyap itu berbunyi, "You look like
nuns" yang dikatakan oleh Brother Anthony (Tony Savarimuthu) ketika
melihat Rohani (Sharifah Amani) memakai telekung dan juga "Nanti orang
ingat kita wahabbi" yang dikatakan oleh Rohana (Sharifah Aleysha) di gerai
makan. Ha ha!
7. Mungkin filem ini lebih konterversi jika ada babak Rohana
bertanya Brother Anthony, selaku seorang paderi yang memakai salib di tengkuk
dengan soalan: If Jesus had died in the electric chair would you wear and
electric chair around your neck?Woha! (ok, ini peringatan juga untuk orang
islam, apa apa kita buat dalam perkara ugama, mesti ikut sunnah Nabi, harap
korang faham)
8. Pengarah filem ini, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia
pada usia 51 tahun pada bulan Julai 2009, beliau tidak sempat mengambil trofi
kemenangan filem terbaik, ini hakikat hidup, semua orang akan jadi mayat, anda
tidak mampu mengubahnya. Pesan kepada diri sendiri.
****
Babak satu: Rohani start motor nak hantar adiknya kesokolah
tapi motor tak hidup-hidup, dia pun baca bismillah dan motor hidup.
*****
Babak dua, sampai sekolah, waktu adik dia turun dari
motosikal, baru kakak dia perasan si adik tak ikat tali helmet, kakak dia
marah, tapi aku senyum.
*****
Babak tiga, sedang si adik bergaduh, datang paderi nasihat,
lalu adik dia, Rohana quote ayat dari Pengakuan-pengakuan St. Augustine, bila
tengok muka paderi tu confuse aku senyum..
Lepas tu paderi tu beri nasihat:
“Girl, my mother once told me…”
Terus adik beradik tu berhenti bergaduh dan tunggu apa ayat
seterusnya dari si pedari, lalu kata si paderi:
“I forgot what she told me!”
Amani senyum dan Aku gelak! Woha!
*****
Babak empat. Rohani berborak dengan kerani berbangsa cina
kat sebuah Kolej selepas mencari kursus sesuai untuk sambung belajar tapi tak
jumpa,
Rohani: Miss, you guys don’t seem to have courses on
Theology.
Kerani: what?
Rohani: Comparative Religions?
Kerani:What?
Rohani: How about Sociology of Religions?
Kerani: Why would anyone want to study that?(muka boring
gila)
Rohani:Why not?
Kerani: What for? No use lah, Our courses prepare our
students for the life they have ahead.
(Sambil si kerani berbangsa cina tunjuk logo besar kolej
dengan moto: FUTERE KOLEJ: for the life you have ahead- Aku ketawa berdekah)
Rohani: What about the death that lies ahead. (aku ketawa
lagi)
Kerani: Prepare for death, for what?
Rohani: Because it’s more certain than life.
Kerani hembus nafas dengan muka bosan..
Rohani berlalu dan berkata: It’s Ok, I will try somewhere
else, Thanks.
Kerani: Hey, no college in this town is stupid enough to
conduct courses to teach you about death lah.(dengan nada menyindir)
Rohani: You should try it sometime.
Kerani: Why should I try the course?(dengan nada marah)
Rohani: No, Not the course. Death!
Woha!
*****
Babak empat:
*****
Babak 5:
Rohani naik motor dan berselawat dalam bentuk lagu ke atas
Nabi, aku senyum-klasik.
*****
Babak 6
Rahim Razali, ayah Rohani, minum arak gelas besar, tapi tak
nak bersalam dengan orang yang sentuh anjing- ha ha! (klasik pendosa melayu)
*****
Babak 7:
******
Babak 8:
******
Babak 9:
******
Babak 10:
*****
Babak 11.
Ayah Ani dan Ana datang ke sekolah untuk culik anak mereka
yang lari dari rumah, si Paderi terus lari ke gereja, doa sebaris ayat dan lari
balik untik selamatkan Ana dari di ‘culik’ bapanya. Ha ha,
******
Babak 12.
Cikgu sekolah tolong kemas rumah Ani, kelakar. Malas nak
tulis sebab aku dah malas.
******
Babak 13.
Babak bukak kasut masuk rumah orang islam tak kelakar, tapi
bila di guna untuk ending, kelakar!
Ok, ada banyak lagi kot aku tak cerita, dan cerita ni ada jugak kelemahan seperti watak Ani dan Ana yang tak bertudung, bersalam dengan bukan Muhrim, mungkin kefahaman ugama yang ada pada pengarah filem ini masih di tahap muallaf, buat filem itu diterjemahkan tidaklah menapati syariat islam walaupun untuk perkara asas, tapi masih baik dari segi keberanian bercerita tentang subjek ugama di sebalik kisah cinta, dan kemaafan.
Kesan? Hmm, baik, Habis cerita itu, aku cakap, pada bini aku
,:permintaan kamu untuk berambut pendek, abang benarkan… woha!
Lalu bini aku tanya, kenapa tak tutup lampu bang, nak hayati
potongan rambut baru saya ke?
Jawab aku:
(sila baca ayat pertama entry ini)
Ps: Moral Entry ini, dalam islam, dilarang bersetubuh dengan
membayangkan orang lain selain pasangan anda yang sah, sebab tulah abang bukak
lampu malam tadi sayang, sebab abang takut teringat dengan Sharifah Amani yang
juga berambut pendek, astarfrulahiazim, jom sambung tidur, woha!
Ps3: Artikel ini di edit dan di olah semuala sebelum di terbitkan dalam Buku KAMAR SUTERA keluaran TERFAKTAB.
komen di FB
komen di FB