(separuh spoiler)
Hari tu ada tengok walking dead, hero dan bayi menyorok dalam gereja dan Zombie pecahkan pintu nak makan bayi.
Waktu tengok, anak lelaki aku cakap, ayah tolong tutup TV, dada ni berdebar.
Aku pun terfikir, jika babak hantu nak makan bayi, penonton akan rasa sangat simpati pada bayi. Boleh buat formula filem seram.
Jadi bila aku tengok filem ini, formula seramnya menjadi.
Orang perempuan mengandung, dalam LRT pun kita kena bagi tempat duduk, jadi bila makhluk macam yakjud Makjud tu mencari suara manusia sebagai sumber makanan, babak nak beranak tu, memang seramnya menjadi. Lepas tu apa sahaja berkaitan bayi, membimbangkan kita.
Sebelum bayi, kita simpati kepada watak gadis bisu, Benar! Watak orang OKU menambah simpati penonton.
Simpati juga pada budak lelaki yang belum baligh, anak sulung harapan keluarga.
Menambahkan lagi simpati, si ayah yang tak cukur jambang, rasa simpati sangat tinggi. Jadi kesusahan dia dapat kita selami.
Pelakon semua sangat berbakat, ketakutan pada wajah dan mata masing masing sangat berkesan.
Oleh sebab pelakon filem ni tak ramai, perhargaan juga patut diberi kepada paku yang terpacak dekat tangga, wataknya adalah paling seram antara semua pelakon tambahan.
Jika ada anugerah untuk prop terbaik, paku tu patut menang.
Woha!
Filem seram paling best: 10/10.
Ps: Laki bini berlakon, laki pengarah- Formula filem yang buat seramnya menjadi: Perempuan mengandung, gadis OKU, budak lelaki naif, bayi baru lahir, Ayah berjambang dan Paku tajam.
komen FB
No comments:
Post a Comment